Friday, June 3rd

Cilok orang punya


Hah.. maleh aku nak tempek banyak mende. This time, aku nak suruh korang pergi blog kawan aku nih, si Penghulu. Meh tengok entry nih.

http://www.realxpdc.com/blog/2005/06/testing-aku-dah-pening.html

Hmmm... memang ade kebenaran jugak. Kekekke. Cayalah Irwan.. ko memang observe bebetul orang naik LRT.

4 hari lagik to my RAE day. Waargghhhh.. dunno buley past ker idak. Wish me luck wehhh. Kalu pass nih, yeeeehaaa, leh tangkap ini dan ini (harap-harap larr.. kalau ekonomi mengizinkan). Hhehehehhee. razz
fahroe on 06.03.05 @ 10:01 PM GMT+8 [link]


Tuesday, May 31st

Nisbah dan perkadaran...


Aku dapat mail nih dari sorang sahabat. Lama gaks tak dapat email dari dia.. Actually email dia nih is a forwarded from somebody, aku tak sure sapa. But aku just copy & paste untuk tatapan dan pemikiran semua. Sedor la.. Malaysia nih sebenarnya cost of living sungguh tinggi.


-----Original Message-----
From: mrlee [mailto:***]
Sent: 30 May 2005 17:06
To: <-- deleted-->
Subject: FW: Fw: Malaysia Boleh - Kita bukannya bingai!

BACALAH WAHAI SEMUA RAKYAT MALAYSIA......................


"Ilmu Hisab Darjah Satu" Oleh Dr Ekonomi .

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang pemimpin bangang, ilmu hisab darjah satu pun masih tak paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanyabalik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain (British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison). Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britainlebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysiapun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayarRM1.48 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara?

Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi? Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi. Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar.Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa RM50???

Dengar cerita, sardincap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan. Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam.......

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal.Kalau membanding dengan kosyang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia dalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cubadisorok-sorokkan. Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sanasini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada ayam.

Dr. Ekonomi - 07.05.2005

----Original Message-----



Jeff Ooi ade dulu cerita pasal nih. From somebody yang duduk oversea. Tak sure mane link dia dah.
But maybe sape-sape rajin, check this out:-

http://www.jeffooi.com/archives/2004/07/mailbag_2004070_1.php
http://www.jeffooi.com/archives/2004/06/mailbag_2004062_5.php
http://www.jeffooi.com/archives/2004/06/cost_of_living_1.php
http://www.jeffooi.com/archives/2004/06/cost_of_living.php
http://www.jeffooi.com/archives/2004/06/germans_earn_ju.php
fahroe on 05.31.05 @ 04:28 PM GMT+8 [link]





Love shopping in US? No US address? Use VSHub! vsHub Share Program
Pix of de Day

Utama
Who? Me?
Fahroe Ibrahim. Mid 30's, love's net & meeting up new friends. Known as 9W2BBS on air and PaRoe in real life.
Got mail client? Use it la ...
My MukaBuku
My Burung Twit
Arkib blog
Album gambar @MukaBuku
Fahroe @Blogspot
BBS Ol Skool
Boblbee Project
Tempek la sket, kasik note..
Nama Korang:

Ape komplen?:


Image Verify:
anti-spam 
 



Check out my fevs link-up
MARES
Fahroe.Com
SlashDot.Org
Boblbee
Anseri.Org
Ansara.Org.My
PalmX
TheStar
Google
Google News
SexyLosers
ASTRO
Hitz FM
Mix FM
Mambo OpenSource CMS
ThinkGeek
Hack In The Box
Famous-Smoke
SamSpade
BabelFish
Ananova
I-Symbian

Powered by
Powered By Greymatter
Domain and Hosting provider Easynet-Interactive
Common Rights via
Creative Commons License

Join us
Project Petaling Street

Best view with Mozilla browser, 16 million colors, 1024 x 768 pixels and a pair of good eyes. Lower resolution may produced undesirable result.

Tracked by


Copyright Www.Fahroe.Com 2009.
Disclaimer:
All rights reserved. Anything that I write here is my own personal opinion and feelings.
All other links and trademarks are the property of their respective owners.
I will not be liable for the content and views posted/commented by the visitors to this site.
And by the way, yesterday was the dateline for any complaints.