Thursday, November 22nd

Important note about MyKAD


Greetings pepel..

Ok, nak share this VERY IMPORTANT info with all you kat luar sana. You guys selalu pergi offices/building/government agencies kan? Then bila nak masuk, sure kene mintak either IC or Driving license to be exchange with the pass.

Guess what? Those practise dah TIDAK DIBENARKAN. FYI, cuma the following agencies aja yang boleh hold your IC/Driving license. Those are - Pegawai Pendaftaran, Polis, Kastam, Tentera atau pegawai agensi lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran.

Read this article here:-

From: Berita Harian, 21 November 2007 - link mirror

Agensi kerajaan dilarang simpan MyKad pelawat

KUALA LUMPUR: Petugas bahagian pengawal keselamatan di agensi dan badan kerajaan juga tidak boleh menyimpan dokumen sekuriti pelawat, termasuk kad pengenalan ketika pelawat itu yang memasuki sesuatu premis, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata, hanya pegawai pendaftaran, polis, kastam, tentera atau pegawai agensi lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran saja dibenarkan berbuat demikian.

"Yang lain termasuk petugas pengawal keselamatan di agensi dan badan kerajaan tidak boleh ambil dokumen seperti MyKad, pasport atau lesen memandu pelawat kerana ia terkandung dalam Peraturan Pendaftaran Kebangsaan.

"Mereka hanya perlu mencatat butiran pelawat dan mengembalikan semula dokumen itu... ini kerana MyKad mempunyai pelbagai aplikasi, antaranya rahsia perbankan pemegangnya," katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, kementerian itu melalui pekeliling bertarikh 25 September yang ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, mengarahkan syarikat kawalan keselamatan menghentikan serta-merta amalan membenarkan pengawal keselamatan menyimpan dokumen sekuriti pelawat, termasuk kad pengenalan ketika memasuki sesuatu premis.

Pekeliling itu diedarkan kepada semua syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar di bawah kementerian berkenaan berikutan wujud kekeliruan orang ramai mengenai kuasa menyimpan dokumen sekuriti yang dikeluarkan kerajaan, termasuk MyKad, lesen memandu dan pasport.


Please spread this around. Even dia tak mention pasal private companies punya building, kalau dah government sendiri tak boleh nak simpan, ape pulak private kampeni ade hak nak simpan?

Dah lama aku tak gemar simpan IC sementara visiting offices, so aku rasa this is a good news lah for me.

Tempek lagik. Will be in Lumut this weekend. Kerja tak siap. QRT and 73 de 9W2BBS.
fahroe on 11.22.07 @ 09:04 AM GMT+8 [link]


Monday, November 19th

Ntahapeapentahsubjek.


Salamz pepel,

Lama tak menempek. Tak ada mood sangat nak tulis. Lagi pun time on the net pun dah limited. Takat kat opis dalam sejam dua max, then kat rumah hujung minggu. Have to say hujung minggu sebab weekdays aku kat hotel aja. Jumaat malam baru nak sampai rumah. Penat giler aah. Rasa rasa baik aku pindah duduk Lumut kot? Hhahahaha

Ujung tahun dah dekat. Kejap aja rasa 2007 nih. But, bagusnya, tahun nih banyak gaks achievement untuk aku, aku rasa la. Apenyer? Tak yah cerita lah. Ade la untuk simpanan aku sendiri nanti.

Planning nak jenjalan sket tahun depan. Harap-harap jadi lah. Destinasi? Dekat-dekat dah lah. Either driving or short plane trip.

Petang ni aku gerak pergi Lumut. Will be there till Friday kot. Nanti tempek lagi, tengah tak ada mojo nak tulis. QRT and 73 de 9W2BBS


fahroe on 11.19.07 @ 09:24 AM GMT+8 [link]




Pix of de Day (clix to see more)

Utama
Who? Me?
Fahroe Ibrahim. Early 30's, love's net & meeting up new friends. Known as 9W2BBS over the ham radio airwaves, and PaRoe at real life.
Tau guna email? Hah..pakai ler.
Hari ini dalam sejarah
Nak tengok gambar?
MoBlog
Fahroe @Blogspot
Boblbee Project

Check out my fevs link-up
Fahroe.Com
MARES
Anseri.Org
PalmX
Ansara.Org.My
Digg
SlashDot.Org
Boblbee
Shop&Tour
Boblbee
Shop&Tour
USANA Niaga

Meh tempek komplen korang:
Nama Korang:

Ape komplen?:


Image Verify:
anti-spam 
 


Bloggies Around
Azrina
Aida Yurani
Panglima
Eej
Teddy
Wong Ah Beng
Norzakimi
Abang Man
Kak Mawar
The Reader
Penghulu Irwan
TV Smith
KotaRaya
Screenshots...
MBA - Suara Hati
Nazif
Rimau Girl
Dimas
Tulip
Intan
Aminah
Eida
Ikan Melayu

Powered by
Powered By Greymatter
Domain provider Godaddy
Hosted at CitaHost.Com
Common Rights via
Creative Commons License

Join us
Project Petaling Street

Best view with Mozilla browser, 16 million colors, 1024 x 768 pixels and a pair of good eyes. Lower resolution may produced undesirable result.

Tracked by


Copyright Www.Fahroe.Com 2007.
Hoi.. Baca Ni!!!!!
Server hosting aku beli, domain aku beli, semua duit aku, suka hati aku nak tempek ape dalam nih. Sape yang dok sideline tempek-menempek dalam tag bod tuh, dia punya hak nak tulis. Akal ada, sila pakai.
Tak puas hati dengan ape-ape dekat laman nih, sila tutup browser dan pergi main jauh-jauh. Paham??????
All other links and trademarks are the property of their respective owners.

And by the way, yesterday was the deadline for any complaints.